Senarai Kilang OEM Berdaftar di Malaysia (UPDATE 2021)
Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, pemilihan kilang OEM berdaftar di Malaysia adalah sangat penting. Ini adalah untuk memastikan kualiti produk tersebut terjaga.
Anda haruslah memastikan kilang yang dipilih oleh anda bersesuaian dengan produk yang anda ingin keluarkan bagi mengelakkan terjadinya sebarang masalah yang tidak diingini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengilang OEM Malaysia, ikuti artikel ini sehingga akhir.
Senarai Kilang OEM Berdaftar di Malaysia
Berikut merupakan senarai pengilang yang berdaftar di Malaysia:
- Formulab Industry
Formulab Industry merupakan kilang OEM yang bertaraf GMP di mana ia mengeluarkan produk-produk kesihatan, skin care serta alat-alat kosmetik jenama sendiri.
Selain itu, Formulab juga menyediakan pelbagai formulasi bagi anda yang ingin membina jenama anda sendiri serta menyediakan perkhidmatan reka bentuk.
Antara perkhidmatan reka bentuk yang disediakan adalah business card, banner, bunting, paper bag dan macam-macam lagi.
Bagi mereka yang baru berjinak dengan dunia perniagaan dan masih lagi samar-samar dari segi pemasaran, anda juga boleh membuat rundingan pemasaran bersama Formulab.
Formulab juga membantu mereka yang baru dalam dunia perniagaan dengan membolehkan pelanggan mereka untuk order dengan jumlan order yang rendah untuk test-market.
Anda boleh melawati laman web rasmi Formulab sekiranya anda ingin melihat jenis-jenis produk yang ditawarkan di sini.
2. Best Formula Industries
Best Formula Industries merupakan kilang yang berdaftar yang terletak di Kuala Lumpur dan menghasilkan produk yang berasaskan cecair seperti minyak wangi dan sebagai nya.
3. Beaubiz Cosmetic Sdn. Bhd.
Selain itu, Beaubiz Cosmetic pula merupakan pengeluar produk-produk yang berasaskan cecair dan bahan separa pepejal bagi pelanggan-pelanggan mereka.
4. Asia Plantation Capital Manufacturing Sdn. Bhd.
Bagi mereka yang berada di Johor, anda boleh lah menggunakan perkhidmatan Asia Plantation Capital Manufacturaing Sdn Bhd ini.
Asia Plantation Capital Manufacturaing Sdn Bhd mengeluarkan produk-produk untuk kegunaan luaran dan menggunakan botol bagi proses pembungkusan produk.
5. Amlion Toothpaste Manufacturing Sdn. Bhd
Seterusnya, bagi mereka yang ingin mengeluarkan produk ubat gigi, anda boleh lah menggunakan perkhidmatan kilang OEM Selangor ini, iaitu Amlion Toothpaste Manufacturing Sdn Bhd.
Cara-cara Memilih Kilang OEM Malaysia
Sekiranya anda masih baru dan tidak tahu bagaimana untuk mencari kilang yang bersesuaian dengan produk yang ingin anda keluarkan, berikut merupakan cara-cara memilih kilang yang terbaik untuk anda.
- Referral
Cara referral ini boleh digunakan sekiranya anda berhubung dengan ahli perniagaan lain yang turut menggunakan kilang OEM untuk produk mereka.
Mereka pasti tahu kilang mana yang bagus dan sudah tentu akan memperkenalkannya kepada anda.
2. Carian dalam talian
Namun, sekiranya anda tidak mempunyai kenalan untuk bertanyakan tentang kilang OEM, jangan risau. Pada zaman teknologi ini, semuanya ada di hujung jari.
Anda boleh menggunakan keyword seperti “kilang OEM Malaysia” ataupun “Pengeluar kosmetik Malaysia” di Google dan senarai kilang-kilang OEM di Malaysia akan dipaparkan di skrin.
3. Direktori
Selain daripada Google, anda juga boleh cuba menggunakan direktori dalam talian. Ianya terdiri daripada ribuan pengeluar, pembekal serta pengedar yang anda boleh pilih.
Antaranya ialah:
- AliExpress – Menyediakan perkhidmatan runcit dalam talian yang terletak di China.
- EWorldTrade – Merupakan laman web B2B yang mempunyai pelbagai pengedar, pembekal dan pengeluar,
- Kompass – Terdiri daripada 4 juta perniagaan yang berdaftar dari 60 negara.
4. Acara dan Pameran
Seterusnya, anda juga boleh memilih kilang OEM menerusi acara dan pameran yang dianjurkan.
Ini merupakan salah satu kaedah yang terbaik kerana anda boleh terus menguji sampel produk yang dikeluarkan oleh mereka.
Jenis-Jenis Produk Pengilang OEM Yang Boleh Dipilih
Sebelum anda memilih kilang untuk menghasilkan produk anda, pastikan anda membuat kajian dengan sangat teliti kerana tidak semua kilang menghasilkan produk yang anda mahukan.
Mari kita lihat produk-produk yang boleh didapati dari kilang-kilang OEM Malaysia yang berdaftar di bawah KKM:
- Lipmatte jenama sendiri
- Men care jenama sendiri
- Jus minuman jenama sendiri
- Pomade jenama sendiri
- Minyak wangi jenama sendiri
- Aromaterapi jenama sendiri
- Produk penjagaan bayi
- Foundation jenama sendiri
- Sabun jenama sendiri
- Krim pelembab jenama sendiri
Kesimpulannya, terdapat pelbagai produk yang berkualiti yang boleh dikeluarkan oleh kilang OEM di Malaysia. Anda tidak perlu lagi bersusah-payah menggunakan kilang OEM dari negara luar.
Sekiranya anda ingin mengeluarkan kosmetik, anda boleh cari kilang OEM kosmetik menggunakan kaedah yang di sarankan di atas.
Jika anda masih ragu-ragu tentang status halal produk tersebut, jangan risau. Kilang OEM di Malaysia harus mengikut piawaian yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil Halal.
Sekiranya anda berminat untuk mengeluarkan produk anda sendiri, anda bolehlah memilih Produk OEM keluaran Formulab Industry.
Formulab Industry merupakan kilang pengeluar produk kesihatan, kecantikan dan kosmetik jenama sendiri yang bertaraf GMP di Malaysia.
Selain itu, proses menghasilkan produk jenama anda sendiri juga sangat senang dan cepat bersama Formulab Industry.
Antara langkah-langkah untuk menghasilkan produk bersama Formulab Industry adalah seperti berikut.
- Membuat temu janji
- Perbincangan bagi memenuhi permintaan serta kos, moq dan lain-lain secara percuma.
- Penyediaan sample produk anda
- Pengeluaran
Dokumentasi dan persijilan badan-badan berwajib juga akan turut disediakan untuk memudahkan proses jualan anda.
Keistimewaan Memilih Formula Industry:
- Kos pembuatan yang murah
- MOQ yang rendah
- Reka design kotak produk anda
- Rundingan Pemasaran
- Pembangunan Formulasi
Kelebihan-kelebihan ini sangat bagus bagi mereka yang ini menghasilkan produk jenama sendiri di Malaysia.
Hubungi Formulab dengan segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!