Pengeluar Kosmetik Malaysia: Apa yang Perlu Anda Ketahui

kilang kosmetik

Setelah berbulan-bulan berfikir, anda mungkin sudah bersedia untuk memiliki rangkaian kosmetik atau penjagaan kulit dengan jenama nama anda. Tetapi apakah pengeluar atau kilang kosmetik di Malaysia yang anda boleh percayai?

 

Secara umum, pengeluar seperti kilang OEM dapat membantu anda menghasilkan produk jenama sendiri mengikut kehendak anda.

 

Pencarian pengeluar kosmetik Malaysia yang bagus adalah sama seperti mencari rakan kongsi perniagaan. Anda mahukan seseorang yang boleh percayai dan mempunyai kredibiliti yang baik.

 

Di dalam artikel ini, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri dan kriteria pengeluar kosmetik Malaysia serta panduan untuk memulakan bisnes kosmetik jenama anda.

 

Kriteria Penting Pengilang Kosmetik Malaysia

Pengeluar Kosmetik Malaysia

Sekiranya anda ingin mempunyai rangkaian produk kosmetik anda sendiri, pastikan produk anda unik dan berbeza berbanding produk-produk lain di pasaran. 

 

Di antara kriteria pemilihan kilang kosmetik Malaysia yang terbaik untuk anda adalah:

 

  • Kilang OEM tersebut boleh memberikan idea unik untuk menjadikan produk kosmetik anda menonjol dan berbeza berbanding produk-produk yang lain.

 

  • Kilang OEM boleh menyediakan pelbagai formulasi produk kosmetik yang sedia untuk dihasilkan untuk produk jenama anda sendiri. 

 

  • Pengilang juga dapat menyediakan servis-serivs lain seperti merekabentuk produk, mencetak kad bisnes, banner, bunting, sticker, paper bag untuk anda.

 

  • Pengilang kosmetik turut membimbing usahawan kosmetik yang memerlukan bantuan dari sudut pemasaran dan pengeksportan produk.

 

  • Pengilang memudahkan usahawan yang baru bermula dengan memberikan jumlah minimum order produk yang rendah supaya usahawan tersebut boleh cuba menjual terlebih dahulu.

 

Bagaimana Anda Boleh Memulakan Perniagaan Kosmetik di Malaysia?

Pengeluar Kosmetik Malaysia

Untuk memulakan bisnes kosmetik di landasan yang betul, usahawan perlu memiliki beberapa ciri-ciri dalaman dan luaran untuk berjaya di dalam bidang perniagaan.

 

Selain memiliki produk jenama sendiri, anda juga perlu ada:

 

  1. Mindset yang betul

 

Kebanyakan orang yang ingin buat bisnes hanya kerana minat atau hanya mengejar wang semata-mata.

 

Kedua-dua tidak salah tetapi sekiranya ini diterapkan daripada awal, ia akan mengundang masalah di kemudian hari.

 

Kenapa?

 

Ini kerana dunia bisnes penuh dengan cabaran yang tidak semua orang mampu menghadapinya. Adakalanya bisnes nampak baik sekiranya dapat banyak jualan. Adakalanya bisnes boleh merudum sekiranya operasi dan aliran tunai tidak dijaga.

 

Sebab itulah mindset dan kekuatan dalaman diperlukan oleh usahawan. Sekiranya dua-dua ini ada, maka anda boleh mengharungi bisnes anda dengan baik.

 

  1. Lakukan Penyelidikan

 

Untuk memastikan produk anda laris di pasaran, anda perlu melakukan kajian pasaran. Anda mesti tahu apa yang menjadikan produk anda istimewa dan berbeza daripada yang lain.

 

Anda boleh membayar syarikat penyelidikan pasaran tempatan untuk membuat penyelidikan. Sekiranya tiada bajet, anda boleh melakukannya sendiri dengan membuatkan kajian di Internet atau di media sosial.  

 

Dengan kajian ini, anda bukan sahaja boleh mengetahui kehendak pasaran, namun anda juga boleh membuat segmen pasaran tertentu supaya anda boleh memasarkan produk anda dengan lebih meluas.

 

  1. Mula Dengan Modal Kecil

 

Kualiti adalah salah satu kunci terpenting dalam produk kecantikan. Dari bahan dan ramuan produk, formulasi sehinggalah memilih bungkusan, semuanya mesti dilakukan dengan teliti.

 

Namun begitu, anda tidak perlu melaburkan banyak wang dan masa untuk memastikan produk anda dapat dihasilkan. Anda boleh bermula dengan modal permulaan yang rendah.

 

Di sinilah kelebihan membuat produk jenama sendiri dengan kilang kosmetik OEM – anda hanya perlu menyatakan hasrat dan pengilang akan menjelmakan produk jenama anda.

 

  1. Terus Perbaiki Mutu Produk

 

Sekarang produk anda telah mendapat kepercayaan orang ramai dan dapat terjual dengan banyak.

 

Jangan berhenti di situ!

 

Terus berusaha untuk memperbaiki kualiti produk dengan mendengar maklum balas pengguna.

 

Platform Untuk Mendapatkan Pengilang Kosmetik di Malaysia

Pengeluar Kosmetik Malaysia

Terdapat pelbagai pengeluar kosmetik yang anda boleh dipilih. Berikut adalah beberapa kaedah untuk mendapatkan pengilang kosmetik:

 

Direktori

Terdapat beberapa direktori dalam talian yang mempunyai ribuan pengeluar, pembekal dan pengedar untuk dipilih:

 

  • Kompass: Mempunyai hampir 4 juta perniagaan berdaftar dari 60 negara.
  • Alibaba: Laman perniagaan-ke-perniagaan antarabangsa (B2B) yang menemukan pembekal dengan pembeli di seluruh dunia.
  • eWorldTrade: laman web B2B yang berpangkalan di AS dengan pelbagai pengeluar, pembekal dan pengedar.
  • Made-in-China: Platform untuk berdagang dengan kebanyakan pembekal dan pengeluar China.
  • AliExpress: Perkhidmatan runcit dalam talian yang berpangkalan di China dan dimiliki oleh Kumpulan Alibaba.

 

Carian dalam talian

Walaupun terdapat direktori yang disenaraikan di dalam Google, anda juga boleh mencari pengeluar-pengeluar lain yang memiliki laman web sendiri serta dapat dicari di Google.

 

Anda boleh menggunakan kata kunci yang berkaitan seperti ‘pengeluar kosmetik malaysia’ atau ‘pengeluar kosmetik OEM di Malaysia’. Google akan memberikan senarai kilang OEM yang berkaitan dengan kata kunci yang anda taip.

 

Acara dan Pameran

Selain menggunakan carian di Google, expo dan pameran adalah salah satu cara terbaik untuk mendapatkan pembekal dan pengeluar. 

 

Anda bukan sahaja anda dapat menguji sampel yang disediakan  malah anda juga dapat mencari rakan kongsi untuk bisnes anda.

 

Walaupun terdapat kekangan seperti situasi COVID-19 yang sedang melanda negara sekarang, anda masih boleh menghubungi pengeluar secara online.

 

Referral

Kaedah referral atau menghubungkan seseorang dengan orang lain adalah kaedah hubungan profesional yang masih relevan.

 

Orang yang berpuas hati dengan servis pengilang pasti akan memperkenalkan pengilang tersebut dengan orang lain.

 

Secara keseluruhan, dengan pengetahuan yang betul dan matlamat yang fokus, anda juga boleh menjadi usahawan produk kosmetik yang berjaya.

 

Sekiranya anda sedang mencari pengilang kosmetik Malaysia yang dapat memenuhi kehendak anda, anda boleh menghubungi Formulab Industry Sdn. Bhd.

 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Formulab

 

Berikut adalah beberapa kelebihan memilih Formulab:

 

  • Kilang Bertaraf GMP
  • Pembangunan Formulasi
  • Reka Design Kotak
  • Rundingan Pemasaran
  • Kos Pembuatan Murah
  • Moq Yang Rendah
  • Pengurusan Pendaftaran KKM dan Halal diuruskan oleh Formulab

 

Faktor-faktor ini sangat bagus untuk anda jika mahu menghasilkan produk jenama sendiri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Formulab hari ini.

Klik Sini Untuk Menghubungi Formulab 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *