5 Kriteria Penting Untuk Memilih Kilang OEM Malaysia (No. 3 Paling Utama)

oem malaysia

Pemilihan kilang OEM Malaysia adalah salah satu prosedur awal bagi mereka yang ingin untuk membuat produk jenama sendiri. Ianya memerlukan penelitian dan kajian yang teliti agar kilang tersebut dapat menghasilkan produk yang menepati citarasa anda.

Berikut adalah 5 kriteria pemilihan kilang oem sebagai panduan anda.

#1 Ketelusan Semasa Berurusan Dengan Kilang

business meeting

Ini adalah perkara pertama yang perlu diambil kira dalam pemilihan kilang OEM. Cari pengilang yang sentiasa mengamalkan transparent di dalam setiap urusan.

Ini termasuklah dalam pendedahan formula bahan-bahan produk, jangka waktu penghasilan produk serta kuantiti minimum order.

Sekiranya boleh, pastikan anda menandatangani surat penjanjian dengan pengilang. Ini penting untuk melindungi hak milik produk dan harta intelek.

#2 Pilih Kilang Yang Mempunyai Kepakaran Khusus Dalam Niche Tertentu

skincare oem malaysia

Tidak semua pengilang boleh menghasilkan pelbagai jenis produk. Ada pengilang yang khusus kepada produk kecantikan sahaja. Ada OEM yang hanya boleh buat produk kesihatan sahaja.

Oleh itu, anda perlu meneliti terlebih kepakaran sesuatu kilang itu. Lihat pada kriteria seperti:

  • Apa kategori produk yang paling banyak diminta oleh pelanggan mereka?
  • Apa sub-kategori produk yang laris di pasaran? Sekiranya produk kesihatan, apakah produk yang top? (milk booster, produk kurus dan sebagainya)
  • Kepelbagaian formula produk yang tersedia – lagi banyak pilihan formula, lagi banyak pilihan untuk penghasilan produk anda.

#3 Pengamalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice) atau GMP

Sebelum memilih kilang OEM Malaysia, anda perlu memastikan kilang yang dipilih mengamalkan Good Manufacturer Practice (GMP) dalam setiap aktiviti mereka.

GMP adalah salah satu pengiktirafan oleh kerajaan untuk memastikan kilang tersebut layak menghasilkan produk OEM.

Anda boleh bertanyakan kilang tersebut tentang standard GMP mereka dan bagaimana mereka mematuhinya. Ini untuk memastikan produk anda bukan sahaja selamat tetapi juga sesuai dengan standard anda.

#4 Ada Konsultansi Pemasaran Produk

marketing plan

Dapatkan kilang OEM yang boleh membantu anda dalam pemasaran produk.

Kebanyakan pengilang yang menghasilkan produk yang meletup di pasaran menyediakan perkhidmatan rundingan pemasaran kepada klien mereka.

Rundingan biasanya melibatkan perkara-perkara seperti:

  • Kaedah pemasaran produk (offline atau online)
  • Merekabentuk kotak dan cetakan material pemasaran seperti kad bisnes, sticker dan bag
  • Strategi untuk melantik stokis dan ejen

Kilang yang bagus akan membantu dari segi pemasaran untuk membolehkan produk anda laris.

#5 Ada Sijil Halal Yang Diperakui Oleh JAKIM

Isu halal adalah isu yang sering dititikberatkan oleh rakyat Malaysia terutamanya orang Islam.

Sebab itulah kilang OEM Malaysia perlu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan untuk mendapatkan sijil halal daripada JAKIM.

Pilih syarikat OEM yang sudah mempunyai sijil Halal, ini akan memudahkan proses anda meletakkan siri KKM (NOT / MAL) dan logo Halal pada produk anda.

Sebilangan besar pengguna pada masa ini akan mencari siri KKM (NOT / MAL) dan logo Halal semasa mereka ingin membeli produk. Ini boleh menjadi titik mudah bagi anda untuk memenangi hati pelanggan anda.

Bersedia untuk memiliki jenama anda sendiri?

Bagi yang berminat untuk menghasilkan jenama sendiri dengan produk kesihatan dan kecantikan, Formulab Industry adalah pilihan yang tepat.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk menghasilkan produk jenama anda:

Buat Temu Janji
Pihak kami akan aturkan perjumpaan di pejabat atau di mana-mana mengikut kesesuaian serta persetujuan kedua-dua pihak.

Perbincangan
Kita akan berbincang bagi memenuhi permintaan serta menerangkan secara lengkap kos, moq dan lain lain secara percuma

Penyediaan Sampel
Setelah perbincangan mendapat kata putus, kami akan membuat kajian serta menyediakan sampel produk untuk anda cuba.

Bagi mendapat piawaian terbaik, proses ini biasanya berulang kali dilakukan sehingga mencapai tahap keberkesanan dan standard yang anda inginkan.

Pengeluaran
Kami akan mula memproses dan membuat pengeluaran berdasarkan MOQ yang dipersetujui.

Kami juga akan menyediakan dokumentasi untuk pensijilan kepada badan badan berwajib bagi memudahkan anda membuat jualan.

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Formulab

Berikut adalah beberapa kelebihan memilih Formulab:

  • Kilang Bertaraf GMP
  • Pembangunan Formulasi
  • Reka Design Kotak
  • Rundingan Pemasaran
  • Kos Pembuatan Murah
  • Moq Yang Rendah
  • Pengurusan Pendaftaran KKM dan Halal diuruskan oleh Formulab 

Faktor-faktor ini sangat bagus untuk anda jika mahu menghasilkan produk jenama sendiri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Formulab hari ini.

Klik Sini Untuk Menghubungi Formulab

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *