Berminat Untuk Buat Pomade OEM Malaysia? Semuanya Ada Di Formulab

pomade oem malaysia

Tahukah anda bahawa Pomade OEM Malaysia merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan ramai pengasas produk yang lama dan yang baru berjinak dengan dunia perniagaan?

Hal ini kerana pomade merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan kaum lelaki di Malaysia kerana ia merupakan pelengkap gaya rambut mereka.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui jenis-jenis pomade yang terdapat di pasaran serta bagaimana anda boleh mengeluarkan pomade jenama anda sendiri.

Apa Itu Pomade?

pomade oem malaysia

Pomade merupakan sejenis gel rambut bagi kaum lelaki yang di hasilkan dari gel petroleum ataupun dari cecair. 

Sebelum tahun 2001, kebanyakan produk pomade ini di perbuat dari lilin lebah sebelum bertukar kepada cecair atau dikenali juga sebagai water-based yang lebih cepat kering dan senang dicuci.

Dengan menggunakan gel pomade, rambut seseorang itu akan kelihatan lebih terletak, berkilat serta memberi lebih volume terhadap rambut mereka.

Jenis-Jenis Pomade Di Pasaran

pomade oem malaysia

Sebelum memilih dan membeli produk pomade untuk rambut anda, anda haruslah tahu tentang jenis-jenis pomade yang terdapat di pasaran.

Hal ini kerana setiap jenis pomade mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.

Berikut merupakan jenis-jenis pomade yang anda perlu tahu:

  • Grease (Oil based)

pomade oem malaysia

Pomade yang berasaskan minyak atau oil based yang dikenali sebagai grease pomade ini diperbuat menggunakan petrolatum, wax serta minyak.

Grease pomade ini adalah jenis pomade pertama yang di keluarkan di pasaran. Kelebihan pomade ini adalah ia mampu memberikan kesan “slickness” yang baik.

Namun begitu, jenis pomade ini sangat susah untuk di basuh dan sangat melekit. 

  • Gel Pomade (Waterbased)

pomade oem malaysia

Selain itu, terdapat juga pomade yang berasaskan air atau dalam kata lainnya adalah water-based

Pomade jenis gel ini telah mendapat permintaan yang banyak di kalangan pengguna kerana kebolehannya untuk mengekalkan rambut dengan kadar segera.

Antara kelebihan pomade jenis gel ini adalah ia senang di basuh serta sesuai untuk mereka yang mempunyai tekstur rambut yang keras. 

Tambahan lagi, ada gel pomade dari sesetengah jenama yang dapat membantu meluruskan rambut jenis ikal mayang atau rambut kerinting. 

Namun, ia juga terdapat beberapa kekurangan dimana gel pomade ini hanya bertahan selama 1-2 jam dan menjadikan style rambut anda tidak kelihatan natural.  

Selain itu, apabila anda memakai gel pomade ini, tangan dan rambut anda akan berasa melekit dan membuatkan anda tidak berasa selesa lebih-lebih lagi ketika panas terik.

  • Wax Pomade

pomade oem malaysia

Seperti oil based pomade, wax pomade ini mempunyai isi kandungan yang sama di mana ianya berasaskan minyak dan hanya ditambah wax kedalam kandungannya. 

Kelebihan wax pomade ini adalah ia sangat sesuai bagi mereka yang gemar menggayakan rambut mereka dengan style rambut yang tinggi. 

Namun, wax pomade ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri di mana rambut pemakai akan berasa sangat melekit.

  • Clay Pomade

Seterusnya, antara pomade yang terkenal dengan kelicinan dan “slickness” dalam penggayaan rambut adalah clay pomade

Clay pomade ini dapat penghasilkan pelbagai gaya dan tidak melekit. 

Namun, disebabkan teksturnya yang tidak melekit, ia hanya boleh memberikan “instant hold” dan bukan “firm hold” terhadap rambut anda. 

  • Unorthodox Waterbased (UWB)

Akhir sekali adalah Unorthodox Waterbased atau dikenali juga sebagai UWB. UWB ini merupakan alternative kepada gel pomade.

Kesan UWB Pomade ini lebih kurang sama seperti Gel Pomade tetapi lebih bagus kerana rambut anda tidak akan keras dan mempunyai hold yang lama.

Tambahan lagi, ia tidak melekit dan berminyak seperti gel pomade dan senang di basuh dan di cuci.

Namun, pomade jenis UWB ini tidak sesuai bagi mereka yang ingin meluruskan rambut mereka yang kerinting dan mereka yang gemar gaya rambut terpacak dan tinggi. 

Produk Pomade OEM Malaysia

Bagi mereka yang berminat untuk menghasilkan produk pomade jenama sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan Formulab Industry. 

Produk pomade keluaran Formulab Industry ini boleh didapati dalam pelbagai warna dan bauan dan berkualiti tinggi. 

Pomade dari Formulab Industry dapat membuatkan rambut anda tampil kemas sepanjang hari. Bukan itu sahaja, anda boleh menggayakan rambut anda dengan pelbagai gaya. 

Tambahan lagi, terdapat pelbagai jenis pomade yang boleh dikeluarkan bersama Formulab Industry. Anda hanya perlu memilih dan menyediakan modal sahaja. 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis pomade yang anda boleh pilih untuk kegunaan harian yang sesuai. 

Pomade OEM Malaysia merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan ramai pengasas produk

Anda pasti akan tampil dengan lebih segak dan bergaya dengan menggunakan pomade untuk penggayaan rambut.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan di dalam bidang ini, pemilihan kilang OEM berdaftar di Malaysia adalah sangat penting.

Ini adalah untuk memastikan kualiti produk tersebut terjaga dan bersesuaian dengan produk yang anda ingin keluarkan bagi mengelakkan terjadinya sebarang masalah yang tidak diingini.

Di antara kilang OEM yang diiktiraf dan mengikut piawaian yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil Halal adalah Formulab Industry.

Formulab Industry merupakan kilang pengeluar produk kecantikan, kosmetik dan kesihatan jenama sendiri yang bertaraf GMP di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Formulab Industry juga mengeluarkan produk-produk seperti produk suplemen dan nutrisi tenaga, formulasi dan jus minuman serta farmasutikal dan pil kesihatan. 

Berikut adalah empat langkah mudah untuk menghasilkan produk jenama sendiri bersama Formulab Industry.

  • Temu Janji

Setelah anda membuat temu janji bersama pihak Formulab Industry, kami akan aturkan tempat dan masa perjumpaan bersesuaian dengan persetujuan kedua belah pihak.

  • Perbincangan dan Diskusi

Perbincangan akan dilakukan secara percuma di mana diskusi tersebut akan merangkumi kos, moq dan lain-lain

  • Penyediaan Sampel

Setelah mendapat kata putus daripada kedua dua pihak, kajian dan penyediaan sampel akan dilakukan oleh pihak Formulab Industry. 

Proses ini akan dilakukan beberapa kali sehingga ianya mencapai kualiti yang diinginkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

  • Pengeluaran

Akhir sekali, berdasarkan MOQ yang dipersetujui bersama, pemprosesan dan pengeluaran akan bermula.

Dokumentasi dan pensijilan juga akan disediakan oleh pihak kami bagi memudahkan anda membuat jualan.

6 Kelebihan Memilih Formulab

  • Kos Pembuatan Murah
  • Reka Design Kotak
  • Kilang Bertaraf GMP
  • Pembangunan Formulasi
  • Rundingan Pemasaran
  • Formulab menguruskan Pendaftaran KKM dan Halal

Faktor-faktor ini bersesuaian dengan pengasas-pengasas baru di luar sana yang ingin memasuki pasaran kosmetik halal di Malaysia dengan menghasilkan produk jenama sendiri.

Hubungi Formulab dengan segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *