3 Kelebihan Lipstick OEM Malaysia Daripada Formulab

lipstick oem malaysia

Lipstick OEM Malaysia telah menjadi salah satu pilihan pengasas-pengasas kosmetik disebabkan kualiti nya yang bagus dan setanding dengan jenama dari luar negara.

Tambahan lagi, lipstick merupakan salah satu komponen penting dalam set alat solek dan merupakan salah satu make up yang tak pernah ketinggalan digunakan oleh seorang wanita. 

Untuk mengetahui tentang kelebihan dan jenis-jenis lipstick, ikuti artikel ini sehingga akhir. 

Bukan itu sahaja, di akhir penulisan ini, anda juga akan mengetahui cara-cara untuk mengeluarkan lipstick jenama anda sendiri. 

Manfaat Lipstik

lipstick oem malaysia

Selain dari fungsinya yang menyerlahkan lagi kecantikan seseorang, lipstick juga mempunyai pelbagai manfaat yang baik terhadap pemakainya. 

Berikut merupakan manfaat-manfaat lipstik untuk bibir anda:

  • Melindungi dan Melembabkan

Kandungan vitamin E, UV protections, dan vitamin C yang terkandung di dalam lipstik mampu memberikan perlindungan dari cahaya matahari. 

Bukan itu sahaja, lipstik juga mampu melindungi dan mengelakkan bibir anda dari menjadi kering dan menggelupas akibat terdedah kepada pelbagai faktor.

  • Mengkilapkan Bibir

Bukan itu sahaja, lipstik juga mampu mengkilap kan bibir anda. Ini sangat bagus bagi mereka yang mempunyai bibir yang kusam dan gelap.

Dengan menggunakan lipstik yang sesuai untuk mengkilapkan bibir, bibir anda pasti akan tampil lebih menawan dan cerah.

Namun, pastikan anda menggunakan warna lipstik yang sesuai dengan tona kulit bagi meningkatkan seri wajah anda.

  • Meningkatkan Mood

Selain itu, seperti yang diketahui ramai, mood seorang wanita adalah sangat susah di fahami dan sering berubah-ubah.

Oleh itu, salah satu cara untuk menghilangkan bad mood, seseorang itu selalunya memilih untuk mencantikkan diri mereka dengan menggunakan alat solek.

Salah satu alat solek yang sering di gunakan adalah lipstik.

  • Membuat Wajah Tidak Kelihatan Pucat

Seterusnya, hanya dengan satu calitan lipstik di bibir, seseorang itu akan kelihatan lebih berseri-seri dan tidak lagi pucat dalam menjalani aktiviti seharian.

Jenis-Jenis Lipstik Yang Anda Harus Tahu

lipstick oem malaysia

Sekiranya anda seseorang yang baru berjinak-jinak dengan alat solek terutamanya lipstik, terdapat beberapa jenis lipstik yang anda harus tahu. 

Hal ini dapat membantu anda membuat pilihan yang sesuai  ketika membeli lipstik nanti.

Di sini, kami senaraikan beberapa jenis lipstik yang digemari ramai.

  • Satin Lipstick

lipstick oem malaysia

Satin lipstik terkenal dengan teksturnya yang lembab dan mempunyai full coverage

Warnanya mungkin kelihatan pekat, namun apabila dioleskan dibibir pemakai, ia akan kelihatan lembut dan nipis. 

Sangat sesuai bagi mereka yang gemar membuat solekan yang kelihatan natural.

Namun, lipstick satin ini tidak tahan lama dan harus ditambah sekiranya lipstik di bibir pudar.

  • Creamy Lipstick

lipstick oem malaysia

Seterusnya adalah creamy lipstick. Creamy lipstick ini mempunyai tekstur yang nyaman dan memberikan dewy effect  kepada bibir pemakai.

Anda disarankan untuk menggunakan lip liner ketika menggunakan creamy lipstick untuk memastikan lipstik anda kelihatan rapi dan tahan lebih lama. 

  • Matte Lipstick

lipstick oem malaysia

Matte lipstick telah menjadi pilihan ramai wanita diluar sana disebabkan warna dan teksturnya yang sangat pigmented, tahan lama dan tidak berkilau.

Namun begitu, lipstik jenis ini biasanya membuat bibir berasa dan kelihatan kering dan dapat memperjelas garis-garis bibir.

Oleh itu, pemakai disarankan untuk menggunakan lipbalm dan memilih warna yang sesuai bagi mengurangkan rekahan di bibir. 

  • Glossy Lipstick

Sekiranya anda menginginkan bibir anda kelihatan plumpy dan luscious, anda harus menggunakan glossy lipstick.

Hal ini kerana, Glossy lipstick mempunyai effect kilauan yang segar yang dapat membuatkan bibir anda kelihatan penuh dan mungil.

Walaupun ia kelihatan “basah”, anda masih perlu menjaga kelembapan bibir dengan sering memakai lip balm serta scrub bibir anda. 

  • Lip Tint/ Lip Stain

Penggunaan lip tint atau dikenali juga sebagai lip staint ini sangat popular dan telah menjadi satu trend di seluruh dunia termasuk di Malaysia. 

Lip tint diciptakan untuk mencantikan bibir anda tanpa kelihatan seperti anda memakai lipstik. 

Ia sering kali digunakan untuk membuat gradient lips seperti yang sering dilakukan oleh artis-artis korea.

3 Kelebihan Lipstick OEM Malaysia Daripada Formulab

Formulab telah mengeluarkan produk baharu yang berkualiti tinggi iaitu “Liquid Matte Lipstick” dengan pelbagai variasi warna yang mengikut arus semasa

Liquid Matte Lipstick ini dapat menyerlahkan lagi penampilan serta senyuman pemakainya.

Bukan itu sahaja, selain dari warnanya yang menarik, lipstick OEM keluaran Formulab mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

  • Mesra wudhu’
  • Senang ditanggalkan
  • Formula yang sangat ringan

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis lipstick yang anda boleh cuba, lebih-lebih lagi lipstick OEM daripada Formulab Industry. 

Bukan itu sahaja, memakai lipstick juga dapat membuat seseorang itu tampil lebih menawan dan berkeyakinan tinggi.

Lipstick OEM Malaysia merupakan salah satu pilihan utama pengasas-pengasas kosmetik di negara ini.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan di dalam bidang kecantikan, pemilihan kilang OEM berdaftar di Malaysia adalah sangat penting.

Ini adalah untuk memastikan kualiti produk tersebut terjaga dan bersesuaian dengan produk yang anda ingin keluarkan bagi mengelakkan terjadinya sebarang masalah yang tidak diingini.

Di antara kilang OEM yang diiktiraf dan mengikut piawaian yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil Halal adalah Formulab Industry.

Formulab Industry merupakan kilang pengeluar produk kecantikan, kosmetik dan kesihatan jenama sendiri yang bertaraf GMP di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Formulab Industry juga mengeluarkan produk-produk seperti produk suplemen dan nutrisi tenaga, formulasi dan jus minuman serta farmasutikal dan pil kesihatan. 

Berikut adalah empat langkah mudah untuk menghasilkan produk jenama sendiri bersama Formulab Industry.

  1. Temu Janji

Setelah anda membuat temu janji bersama pihak Formulab Industry, kami akan aturkan tempat dan masa perjumpaan bersesuaian dengan persetujuan kedua belah pihak.

  1. Perbincangan dan Diskusi

Perbincangan akan dilakukan secara percuma di mana diskusi tersebut akan merangkumi kos, moq dan lain-lain

  1. Penyediaan Sampel

Setelah mendapat kata putus daripada kedua dua pihak, kajian dan penyediaan sampel akan dilakukan oleh pihak Formulab Industry. 

Proses ini akan dilakukan beberapa kali sehingga ianya mencapai kualiti yang diinginkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

  1. Pengeluaran

Akhir sekali, berdasarkan MOQ yang dipersetujui bersama, pemprosesan dan pengeluaran akan bermula.

Dokumentasi dan pensijilan juga akan disediakan oleh pihak kami bagi memudahkan anda membuat jualan.

6 Kelebihan Memilih Formulab

  • Kos Pembuatan Murah
  • Reka Design Kotak
  • Kilang Bertaraf GMP
  • Pembangunan Formulasi
  • Rundingan Pemasaran
  • Formulab menguruskan Pendaftaran KKM dan Halal

Faktor-faktor ini bersesuaian dengan pengasas-pengasas baru di luar sana yang ingin memasuki pasaran kosmetik halal di Malaysia dengan menghasilkan produk jenama sendiri.

Hubungi Formulab dengan segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *