15 Produk Kosmetik Halal Malaysia Yang Popular (No. 3 Yang Paling Trending)

produk kosmetik halal malaysia

Tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis produk kosmetik halal Malaysia yang berkualiti, selamat dan setanding dengan produk-produk antarabangsa di luar sana? 

Usah ragu-ragu lagi untuk menggunakan produk kosmetik tempatan kerana terdapat banyak syarikat kosmetik yang mengeluarkannya.

Di sini kami kongsikan 15 produk kosmetik halal di Malaysia dan bagaimana anda juga boleh mengeluarkan produk kosmetik jenama anda sendiri. 

15 Produk Kosmetik Halal Malaysia

produk kosmetik halal malaysia

Sebelum membuat sesuatu pembelian barangan kosmetik, adalah amat penting untuk anda mengetahui status halal produk tersebut. 

Di sini kami sertakan senarai kosmetik halal Malaysia untuk panduan anda:

  1. Obsess Cosmetics

Obsess Cosmetics merupakan jenama kosmetik tempatan yang menawarkan produk mesra wudhu’ di mana ianya terdiri dari lipmatte dan keperluan asas solekan lain.

Pengasasnya, Hafizatul Atikah mengatakan bahawa misinya adalah untuk mengeluarkan produk solekan bagi wanita Muslimah agar sentiasa tampil anggun dan cantik.

  1. dUCk Cosmetics

Terkenal dengan kejayaan sebagai label tudung terkenal dUCk, pengasasnya, Vivy Yusof menceburkan diri dalam industri kecantikan dengan mengeluarkan dUCk Cosmetics.

Alatan kosmetik dUCk terdiri dari gincu, palet mata, lip cream serta lip gloss yang didatangkan dengan pelbagai warna yang menarik.

  1. Formulab Industry
produk kosmetik halal formulab

Formulab telah mengeluarkan produk baharu yang berkualiti tinggi iaitu “Liquid Matte Lipstick” dengan pelbagai variasi warna yang mengikut arus semasa

Liquid Matte Lipstick ini menyerlahkan lagi penampilan serta senyuman pemakainya.

Bukan itu sahaja, selain dari warnanya yang menarik, produk kosmetik keluaran Formulab ini sangat senang untuk ditanggalkan dan ianya mesra wudhu’.

Selain itu, Formulab juga mengeluarkan pelbagai produk kosmetik dan kecantikan yang lain seperti foundation, BB Cream dan produk penjagaan muka.

Tambahan lagi, sekiranya anda bercadang untuk membuat produk kosmetik sendiri, Formulab akan membantu anda dari awal sehingga akhir.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Formulab dengan segera!

  1. Sorfina Hal

Seterusnya, Sorfina Hal mengeluarkan alatan kosmetik yang bebas dari paraben, phthalates, petrolatum, sodium lauryl sulfate, wangian sintetik dan lain-lain.

Lipcream Matte yang menggunakan minyak zaitun bagi menjaga kelembapan bibir merupakan salah satu produk utama meraka. 

  1. Sugarbelle

Sugarbelle merupakan jenama tempatan yang terkenal dengan produknya yang mesra wudhu’, vegan, bebas paraben serta animal cruelty free

Selain dari alat kosmetik, Sugarbelle juga mengeluarkan alat penjagaan kulit, wangian dan lain-lain lagi.

  1. Pretty Suci

Pretty Suci merupakan salah satu produk kecantikan halal yang terkenal di dunia di mana ianya menawarkan alatan kosmetik yang berkualiti tinggi. 

Di antara produk keluaran Pretty Suci adalah lipmattenya yang sangat berpigmen dan dengan hanya satu sapuan, anda akan tampil lebih cantik dan berseri-seri.

  1. Orkid Cosmetics

Dengan creamy liquid lipsticknya, Orkid Cosmetics telah berkembang dengan pesat dan menjadi produk kegemaran ramai.

Produk keluaran Orkid Cosmetics datang dalam pelbagai warna yang menakjubkan yang akan menyempurnakan penampilan solekan harian anda.

  1. SO.LEK

SO.LEK merupakan jenama alat solek mampu milik yang mesra wudhu’ serta animal cruelty free.

SO.LEK terkenal dengan Koleksi Bunga Gang sulungnya yang hadir dengan 6 warna merah dan burgundy: Anggerik, Dahlia, Seroja, Merak, Raya dan Chempaka.

  1. SimplySiti

Diasaskan oleh salah satu personaliti yang paling disayangi di Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, SimplySiti mempunyai semua keperluan kecantikan anda.

Produknya terdiri daripada produk penjagaan kulit hingga alat solek dan juga wangian.

  1. Nurraysa

Bermula dengan menjual sabun kolagen, Nurraysa kini mengeluarkan pelbagai produk solekan dan kosmetik.

Antaranya ialah Lip Matte Glamor yang cantik, yang dikatakan dapat memastikan bibir anda lembap sepanjang hari. 

  1. Forest Colour

Mendapat inspirasi daripada hutan hujan Malaysia, Forest Colour mengeluarkan produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi yang berkualiti tinggi.

Bukan itu sahaja, sebilangan besar produk mereka juga disuntik dengan kolagen untuk memberikan sifat anti-penuaan kepada pemakai.

  1. Breena Beauty

Breena Beauty menampilkan semua keperluan kecantikan yang anda perlukan untuk meja solek anda seperti palet eyeshadow, eyeliner serta lipmatte yang sangat memukau.

  1. Good Virtues Co.

Good Virtues Co. terkenal dengan produknya yang mempunyai habbatus sauda yang merangkumi produk penjagaan badan, wajah dan rambut.

  1. AG2000

Sekiranya anda pernah menggunakan produk House of Healing, AG2000 merupakan salah satu produknya yang merangkumi lipstik dan produk penjagaan muka. 

  1. Clara International

Produk kosmetik Clara International ini telah menembusi pasaran antarabangsa dan merupakan pengeksport terbesar produk kosmetik halal dari Malaysia.

Pengesahan Halal Produk Kosmetik

Tahukah anda penggunaan logo halal tidak hanya terhad untuk produk makanan sahaja? Penggunaan logo halal juga dibolehkan untuk produk kosmetik. 

Namun begitu, salah satu syaratnya adalah pengeluar alatan kosmetik tersebut perlu mendapatkan persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja.

Tambahan lagi, ianya bukan keperluan mandatori tetapi ianya hanya bergantung kepada permohonan sijil halal yang dibuat oleh pihak pengeluar dan pengedar.

Buat Produk Kosmetik Jenama Sendiri?

Bagi mereka yang berminat untuk menghasilkan produk kecantikan ataupun kosmetik jenama sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan kilang OEM.

Kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) menghasilkan produk-produk tertentu mengikut kehendak pelanggan iaitu pengasas produk tersebut.

Pelanggan hanya perlu menyediakan modal dan memilih jenis produk yang ingin dihasilkan oleh kilang OEM tersebut. 

Pihak kilang akan mengeluarkan produk tersebut mengikut kuantiti order minimum yang pelanggan mahukan.

Menggunakan kilang OEM untuk menghasilkan produk jenama sendiri merupakan salah satu kaedah yang digemari ramai kerana anda hanya perlu mengeluarkan modal sahaja.

Bukan itu sahaja, kos pembuatannya juga sangat berpatutan kerana rundingan pemasaran, reka design kotak juga turut disediakan.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan di dalam bidang kecantikan, pemilihan kilang OEM berdaftar di Malaysia adalah sangat penting.

Ini adalah untuk memastikan kualiti produk tersebut terjaga dan bersesuaian dengan produk yang anda ingin keluarkan bagi mengelakkan terjadinya sebarang masalah yang tidak diingini.

Di antara kilang OEM yang diiktiraf dan mengikut piawaian yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil Halal adalah Formulab Industry.

Formulab Industry merupakan kilang pengeluar produk kecantikan, kosmetik dan kesihatan jenama sendiri yang bertaraf GMP di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Formulab Industry juga mengeluarkan produk-produk seperti produk suplemen dan nutrisi tenaga, formulasi dan jus minuman serta farmasutikal dan pil kesihatan. 

Berikut adalah empat langkah mudah untuk menghasilkan produk jenama sendiri bersama Formulab Industry.

  1. Temu Janji

Setelah anda membuat temu janji bersama pihak Formulab Industry, kami akan aturkan tempat dan masa perjumpaan bersesuaian dengan persetujuan kedua belah pihak.

  1. Perbincangan dan Diskusi

Perbincangan akan dilakukan secara percuma di mana diskusi tersebut akan merangkumi kos, moq dan lain-lain

  1. Penyediaan Sampel

Setelah mendapat kata putus daripada kedua dua pihak, kajian dan penyediaan sampel akan dilakukan oleh pihak Formulab Industry

Proses ini akan dilakukan beberapa kali sehingga ianya mencapai kualiti yang diinginkan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

  1. Pengeluaran

Akhir sekali, berdasarkan MOQ yang dipersetujui bersama, pemprosesan dan pengeluaran akan bermula.

Dokumentasi dan pensijilan juga akan disediakan oleh pihak kami bagi memudahkan anda membuat jualan.

6 Kelebihan Memilih Formulab

  • Kos Pembuatan Murah
  • Reka Design Kotak
  • Kilang Bertaraf GMP
  • Pembangunan Formulasi
  • Rundingan Pemasaran
  • Formulab menguruskan Pendaftaran KKM dan Halal

Faktor-faktor ini bersesuaian dengan pengasas-pengasas baru di luar sana yang ingin memasuki pasaran kosmetik halal di Malaysia dengan menghasilkan produk jenama sendiri.

Hubungi Formulab dengan segera untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *